DUA 2052:PENGURUSAN DALAM ISLAM
TAJUK: PRINSIP DAN PERANCANGAN OPERASI
NAMA PELAJAR: NO.MATRIK:
- MUHAMMAD HANIF BIN OMAR 30DIB15F1027
- MUHAMAD SYAFIQ BIN MOHD SAPIAI 30DIB15F1015
- MOHAMMED RAFAEL BIN MOHD ASHRAF 30DIB15F1019
PENDAHULUAN
Bersyukur kami kehadrat illahi kerana dengan limpah dan kurnianya dapat kami melaksanakan kerja kursus dengan jayanya. Pertama sekali kami mengucapkan ribuan terima kasih kepada Politeknik Metro Johor Bahru kerana memberi peluang kepada kami menghasilkan kerja kursus ini dengan menyediakan kemudahan seperti perpustakaan, penggunaan komputer bagi memudahkan kami mendapatkan bahan rujukan yang berkaitan dengan tajuk tugasan ini.
Kami juga mengucapakn terima kasih kepada Pn. Elyn yang telah banyak memberi tunjuk ajar serta penerangan kepada kami. Selain itu juga kami mengucapkan terima kasih kepada puan kerana memberi kepercayaan kepada kami dalam menjalankan tugasan ini sehingga jayanya.
Tidak lupa juga kepada rakan-rakan seperjuangan yang sama-sama bertungkus-lumus menyiapkan tugasan ini dan juga bertukar-tukar idea dalam membantu kami menghasilkan kerja khusu ini.
Akhir sekali, harapan kami agr segala tugasan yang kami hasilkan dapat menambahkan ilmu pengehtahuan kami. Harapan kami agar dapat memberi manfaat kepada diri kami dan masyaratkat sekeliling.
PENGENALAN
Satu unit social yang terdiri daripada manusia yang bekerjasama dan saling bergantung antara satu dengan yang lain bagi mencapai matlamat individu, kumpulan dan organisasi. Organisasi didefinasikan sebagai “struktur perhubungan untuk menyelesaikan pekerjaan.
Prinsip dan perancangan operasi merupakan tanggungjawab semua pihak pengurusan sama ada peringkat atasan mahupun peringkat penyeliaan. Prinsip dan perancangan operasi perlu dibuat dengan menyediakan butiran tertentu bagi mencapai perancangan strategi . Prinsip dan perancangan operasi ini terbahagi kepada dua
- Rancangan untuk tujuan tertentu.
- Rancangan kekal yang bertujuan untuk menyelaraskan dan memberikan panduan tentang tugas dan membuat keputusan.
PRINSIP DAN PERANCANGAN OPERASI
Prinsip dan perancangan operasi merupakan tanggungjawab semua pihak pengurusan sama ada pada peringkat atasan mahupun peringkat penyeliaan. Selain itu, perancangan strategik dibuat bagi mencapai objektif organisasi. Prinsip dan perancangan operasi dibuat dengan menyediakan butiran tertentu bagi mencapai perancangan strategik tersebut. Prinsip dan perancangan operasi terbahagi dua:
- Rancangan untuk tujuan tertentu.
- Rancangan kekal yang bertujuan untuk menyelaraskan dan memberikan panduan tentang tugas dan membuat keputusan.
RANCANGAN UNTUK TUJUAN TERTENTU
Rancangan ini merupakan mengandungi program,projek dan belanjawan untuk aktiviti tertentu. Setelah program tamat,rancangan ini dibubarkan dan akan diwujudkan semula apabila terdapat program baharu. Huraiannya :
- Program – mengandungi dan menerangkan secara menyeluruh aktiviti yang akan dijalankan. Contohnya, langkah demi langkah yang perlu diikuti oleh kakitangan yang dipertanggungjawab melalui jadual penyediaan program.
- Projek – tugas-tugas kecil di dalam program yang menunjukkan kakitangan tertentu yang telah dipertanggungjawab.
- Belanjawan – disifatkan sebagai satu alat untuk mengawal perjalanan aktiviti supaya dapat mematuhi peruntukan yang telah ditetapkan.
RANCANGAN KEKAL
Rancangan kekal ini berlaku apabila perancangan operasi melibatkan pengawalan perjalanan aktiviti akan dibuat melalui dasar,tatacara dan peraturan yang ditetapkan.
- Dasar - panduan ditetapkan oleh pihak pengurusan atasan, untuk membuat keputusan dan mencari jalan keluar bagi mengelakkan konflik dan kekeliruan yang mungkin timbul pada peringkat bawahan.
- Prosedur yang selaras – tatacara atau kaedah menerangkan cara untuk menjalankan tugas agar kakitangan dapat melaksanakan tugas dengan seragam.
- Peraturan – satu penyataan untuk mengawal sesuatu tindakan itu boleh dibuat atau tidak. Contohnya, ‘KAWASAN INI ADALAH KAWASAN LARANGAN MEROKOK’ merupakan satu peraturan yang dikenakan kepada pihak tertentu atau orang ramai,
Oleh itu, perancangan jangka panjang dan jangka pendek mempunyai hubungan yang erat dan saling berkaitan untuk mencapai matlamat sesuatu bahagian dan kumpulan dalam organisasi. Pihak pengurusan perlu menyelaraskan perancangan strategik pada setiap peringkat dan bahagian masing-masing. Hal ini demikian kerana, proses tindakan yang dilakukan oleh kakitangan menjadi realistik, dapat dilaksanakan dan mencapai objektif organisasi.
KETAATAN KEPADA ORGANISASI
Merujuk kepada ketaatan seseorang pekerja kepada pengurus dan seorang pengurus kepada ketuanya. Prinsip utama ketaatan termasuklah selagi arahan atau perintah daripada pengurus tersebut tidak bercanggah dengan Islam, maka menjadi kewajipan pekerja mematuhi arahan yang dikeluarkan oleh majikannya.
Terdapat lagi beberapa faktor mesti diambil kira termasuklah arahan tersebut mestilah berada dalam bidang tugas, tugas yang diarah oleh majikan terdapat dalam deskripsi kerja dan kerja tersebut boleh dilakukan mengikut keupayaan mental dan fizikal pekerja.
Ketaatan dalam organisasi melibatkan segala bentuk arahan keorganisasian untuk melicinkan perjalanan organisasi. Ketaatan tersebut melibatkan arahan yang tidak bercanggah dengan hukum dan nilai-nilai yang ditentukan oleh syarak. Firman Allah SWT:
‘Wahai orang-orang yang beriman, taatlah kamu kepada Allah dan taatlah kamu kepada Rasulullah dan kepada “ Ulil-Amri ” (orang-orang yang berkuasa) dari kalangan kamu, kemudian jika kamu berbantah-bantah (berselisihan) dalam sesuatu perkara, maka hendaklah kamu mengembalikannya kepada (kitab) Allah (Al-quran) dan (Sunah) Rasulnya jika kamu benar beriman kepada Allah dan hari akhirat. Yang demikian adalah lebih baik (bagi kamu), dan lebih elok pula kesudahannya.’
(SURAH AL-NISA 4:59)
Ayat ini menunjukkan bahawa ketaatan kepada Allah dan rasul merupakan ketaatan yng mutlak dan tanpa bersyarat. Selain itu, ketaatan kepada yang lain mempunyai syarat tersendiri selagi tidak bercanggah dengan arahan Allah dan rasulnya. Konsep ketaatan ini melibatkan semua keadaan,samada dalam keadaan senang atau susah.
Sabda Rasullulah SAW:
‘kewajipan kamu adalah mendengar dan taat sesuatu perintah sama ada dalam keadaan susah atau senang,atau dalam keadaan perkara yang atau kurang disukai, atau sesuatu yang tidak mendahulukan kepentingan kamu.’
(HADIS RIWAYAT MUSLIM)
Mematui arahan pemimpin merangkumi seluruh bidang arahan,selagi mana tidak bercanggah dengan nilai dan dasar yang ditentukan oleh Allah SWT dan rasulnya.
Sabda Rasullulah SAW:
‘kewajipan seseorang muslim itu mendengar dan taat dalam perkara yang disukai atau tidak disukai, selama ia tidak disuruh melakukan maksiat. Jikalau disuruh untuk mengerjakan maksiat, maka tidaklah menjadi kewajipan untuk didengar dan ditaati.’
(HADIS RIWAYAT MUSLIM)
Ketaatan kepada organisasi dapat dibahagikan kepada dua bentuk:
- Kesetiaan kepada organisasi
Sesorang pengurus mesti setia kepada organisasinya, ia tidak boleh: - Tindakan yang boleh menimbulkan risiko yang besar kepada organisasinya.
- Membuat keputusan yang mungkin membawa kepada kerugian syarikatnya.
- Membelakangkan kepentingan organisasinya demi kepentingan organisasi yang lain seperti memberikan maklumat rahsia organisasinya kepada organisasi pesaing.
- Bekerja dengan dua organisasi yang berbeza dalam satu-satu masa tertentu.
- Kepatuhan kepada displin
- Memastikan operasi organisasi berjalan dengan lancar.
- Organisasi perlu menyediakan dasar dan peraturan supaya dipatuhi oleh setiap individu yang bekerja di dalamnya.
- Tanpa disiplin, operasi organisasi akan jadi kacau-bilau akibatnya akan memusnahkan organisasi.
- Setiap pengurus diamanahkan oleh majikan dan pihak pengurusan atasan bagi memastikan segala peraturan dan arahan yang berkaitan dengan kerja diikuti oleh pekerjanya dan pengurus itu sendiri.
DEFINISI ORGANISASI
Menurut pandangan Islam,kehidupan manusia digalakkan untuk sentiasa mengamalkan prinsip dan semangat berorganisasi. Misalnya:
- umat islam digalakkan mengerjakan solat berjemaah dengan melantik seorang ketua (imam).
- Manusia digalakkan bermusafir secara berjemaah dan melantik seorang ketua.
Organisasi ialah satu unit sosial yang terdiri daripada manusia yang bekerjasama dan saling bergantung antara satu sama lain untuk mencapai matlamat individu,kumpulan dan orgnisasi.
Perkataan lain bagi organisasi ialah struktur perhubungan untuk menyelesaikan pekerjaan. Kumpulan dua atau lebih yang wujud dan beroperasi untuk mencapai objektif yang dinyatakan dan dipersetujui bersama.
CIRI-CIRI ORGANISASI
Sesebuah organisasi yang telah dibentuk melambangkan identitinya yang tersendiri. Contohnya sebuah pusat pengajian termasuklah politeknik seharusnya melambangkan tempat menimba ilmu untuk mencerminkan identiti sebagai sebuah menara gading .
Selain itu, sebuah organisasi sama ada kecil atau besar mempunyai hierarki atau tingkat autoriti. Contohnya organisasi yang besar mungkin mempunyai lebih daripada tiga empat pegawai bertanggungjawab kepada ketua mereka yang berada diperingkat yang lebih tinggi .
Seterusnya,terdapat pembahagian kerja berdasarkan jenis perkerjaan. Organisasi mempunyai tiga bahagian kerja mengikut tanggungjawab tertentu, misalnya organisasi pembuatan mewujudkan bahagian pengeluaran dan pentadbiran.
PENURUNAN AUTORITI DAN KUASA YANG WAJAR DALAM PENURUNAN TUGAS
Seseorang pengurus akan memilih kerja atau tugasan yang sesuai untuk diserahkan kepada para perkerjanya. Setiap perkerja mempunyai tanggungjawab tersendiri dalam melaksanakan tugas.
Dalam aspek pembahagian dan pemberi tugas atau kerja seseorang mesti memberikan autoriti dan had kuasa bagi membolehkan perkerjanya menjalankan tugas dengan cekap dan berkesan. Kuasa yang diberikan kepada perkerjanya perlulah wajar dengan autoriti kerja. Kejayan penurunan kuasa terletak kepada kepercayaan pihak pengurus terhadap orang bawahan.
Amalan penyerahan kuasa kepada orang bawahan sama ada pegawai atau pembantu dalam kepimpinan. Ketua atau pemimpin juga manusia mempunyai keupayaan yang terhad. Sebagai contoh gabenor bertindak selaku wakil kepada pemimpin akan menjalankan tugas dengan penuh amanah ,dedikasi dan tekun.
PENURUNAN KUASA PADA ZAMAN RASULULLAH DAN SAHABAT
Amalan penyerahan kuasa menjadi amalan rasulullah yang telah diwarisi oleh sahabat. Misalnya, cara pentadbiran umar al khatab adalah sama seperti Abu Bakar dengan memberi kebebasan kepada gabenor mengendalikan urusan pentadbiran tempatan. Penurunan kuasa bertujuan melaksanakan status yang lebih licin ,teratur dan berkesan mengikut masa dan tempat.
Untuk menentukan aktiviti berjalan dengan lancar dan teratur ia memerlukan sistem pengawasan dan pengawalan ke atas perjalanan aktiviti oleh itu segala peraturan ,dasar dan prosedur hendaklah dijelaskan secara baik kepada seluruh kakitangan organisasi.
PEMBERIAN GANJARAN
Dalam sesebuah organisasi islam perkara yang penting dalam segala urusan berlaku antara majikan dengan orang bawahan
Pengurus perlu mencadangkan pekerja yang berprestasi cemerlang untuk diberikan ganjaran kewangan oleh organisasi pembahagian ganjaran terbahagi kepada dua :
- Ektrinsik –ganjaran kewangan seperti kenaikan upah dan bonus
- Instrinsik –ganjaran penghargaan seperti surat pujian dan sijil perkerja cermelang
Disamping itu, seorang pengurus harus mengambil peluang untuk menyediakan sebaik mungkin ganjaran instrinsik kepada perkeja
Menurut Muhammad abdul rauf pembayaran upah sewajarnya mengikut apa yang dipersetujui oleh kedua belah pihak .pembayaran dilakukan secara tepat mengikut waktu berkerja dan jumlah hari berkerja .ganjaran sewajarnya diberikan kepada kakitangan yang melakukan usaha dan pencapaian luar biasa memberikan motivasi kepada kakitangan lain.
KESIMPULAN
Pengurusan Islam dalam organisasi yang dipimpin merupakan satu wardah ke arah memimpin dan mencontohi kepimpinan Rasullah S.A.W. Pemimpin yang diberi jawatan ketua dalam bahagian masing-masing perlu berusaha membawa kakitangan dalam organisasi yang dipimpin mengikut garis panduan yang diturunkan oleh Allah SWT didalam Al-Quran. Keprihatinan dan kebajikan kakitangan merupakan antara elimen yang perlu dititikberatkan kerana kedua-duanya merupakan tanggunjawab yang akan dipersoalkan pada hari pembangkitan.
SUMBER RUJUKAN
OXFORD FAJAR- Pengurusan Dalam Islam (Siri Politeknik)